Friday, July 27, 2012

buat mu insan tersayang

bila mulut ingin berbicara,tidak terluah dengan kata-kata
bila hati ingin meluahkan rasa,sebak menyusuk dijantung sanubari ku
tiada siapa yg tahu apa yang tersirat dijauh sudut hati ku
namun ku biarkan hati kecil ini pergi dari jasad ku

biarku merintih
biarku sengsara
dalam kesamaran waktu yg kian malap
hati ini rasa tertusuk duri yg paling tajam
bisa duri yg kekal berbisa di jasad ku
tiada ubat mahupun penawar yg bisa menyembuhkan luka ini

aku bukan siapa-siapa
aku hanya manusia biasa
mahu kebahagian
mahu ketenangan
sebelum aku menutup mata

kamu tidak tahu betapa aku sayangkan kamu
kamu tidak tahu betapa aku rindukan mu
kamu tidak tahu betapa ku rindu gelak tawa mu
kamu tidak tahu betapa ku rindu untuk memeluk mu

mungkin kamu tidak tahu semua itu
mungkin kamu tidak nampak semua tu
mungkin kamu ingat aku bukan yang terbaik untuk kamu

aku mahu kamu tahu yang kamu adalah segala galanya untuk aku
aku mahu kamu tahu yang setiap jantung ku berdetik,setiap itulah ingatan ku padamu
aku mahu kamu tahu yang aku sanggup mati kerana kamu

andai kamu tidak ingin kan ku lagi aku redho
andai kamu ingin buang aku dari hidupmu aku redho
andai kamu mahu lupakan aku,aku redho
namun andai kamu bencikan aku,aku tidak akan memaafkan diri ku smpai akhir hayat ku

wahai sayang ku,
wahai cintaku,
wahai permata hati ku,
maafkan aku kerana aku bukan yang terbaik untuk mu
semoga kamu berbahagia selalu
andai bukan dia dunia tempat kita bersua
mungkin disyurga nanti kita bertemu...



No comments:

Post a Comment